Get Mystery Box with random crypto!

Nasihat (Dakwah Sunnah)

Logo of telegram channel nasihat_diri — Nasihat (Dakwah Sunnah) N
Logo of telegram channel nasihat_diri — Nasihat (Dakwah Sunnah)
Channel address: @nasihat_diri
Categories: Religion
Language: English
Subscribers: 3.45K
Description from channel

Himpunan Ilmu (sunnah) Dan Hadits Shahih Untuk Keinsafan Diri

Ratings & Reviews

1.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

2


The latest Messages 10

2022-06-09 15:45:03 SETITIS DEMI SETITIS…

Ada sebuah syair Arab yang menghentam-hancur
cara kita dalam bermimpi dan mengejar obsesi.
Bunyi syair itu:
اليوم شيءٌ وغدًا مثلُه
من نُخب العلمِ التي تُلتقط
يُحصِّل المَرء بها حكمةً
وإنما السيلُ اجتماع النقط
Terjemahan bebasnya:
“Hari ini setitis, hari esok pun setitis,
terkumpulkanlah mutiara-mutiara ilmu itu.
Dengan jalan itulah,
seorang akan menemu hikmah.
Kerana gelombang itu lahir membidas
dari berkumpulnya titisan-titisan air...”

***

Setitis demi setitis.
Sedikit demi sedikit.
Sejengkal demi sejengkal.
Sebaris demi sebaris.
Selangkah demi selangkah.

Begitulah seharusnya...
Jangan pernah bermimpi untuk merengkuh semuanya
dalam satu hembusan nafasmu.
Semuanya harus senafas demi senafas.
Membangun gelombang air,
Haruslah dimulai dari titisan-titisan air.
Menempuh berpuluh-puluh kilometer,
Haruslah dimulai dari selangkah demi selangkah.
Mengukir ilmu dalam jiwa,
Haruslah dimulai dari sebaris demi sebaris.

Begitulah Sunnatullahnya...
Sunnatullah yang tak mungkin,
bahkan tak boleh kau langgar.

***

Jadi berhentilah dari mimpi-mimpi kosongmu:
Hendak mewujud sebagai manusia istimewa,
tapi enggan melalui kepahitan demi kepahitan.

Berhentilah dari ragam omong kosongmu:
Hendak menjadi ini dan itu,
tapi enggan menyabari proses-proses yang tak mudah.

Engkau takkan pernah menjadi gelombang,
jika engkau tak bersabar menjadi titis air yang kecil.
Engkau takkan pernah tiba di puncak,
jika engkau enggan merasai penat
melalui anak-anak tangga, satu demi satu.

Engkau takkan pernah memeluk bidadari,
jika engkau tak sabar menunaikan harganya:
melalui sujud demi sujud,
melalui jihad demi jihad,
menahan diri dari maksiat demi maksiat.

Hari ini setitis, esok pun setitis.
Begitulah jalan kita mengumpulkan
kebaikan demi kebaikan,
hingga tak terasa:
titis-titis kebaikan itu telah meraksasa,
mewujud dalam gelombang kebaikan.

***

Bersabarlah...
Bersabarlah melalui jalannya:
Selangkah demi selangkah...


Akhukum,
Muhammad Ihsan Zainuddin

@nasihat_diri
102 viewsdurrah, 12:45
Open / Comment
2022-06-09 15:24:26
95 viewsdurrah, 12:24
Open / Comment
2022-06-09 15:24:09

_*Reminder*_


JANGAN LUPA

*BACA SURAH AL KAHFI*




*SURAH AL-KAHFI*
*DIBACA MALAM JUMAAT /HARI JUMAAT*


→ Membaca surah Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan (mustahab) *di malam jumaat atau di hari Jumaat* kerana pahala yang begitu besar sebagaimana, hadis berikut :

*Hadis pertama :*

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيق
ِ
*“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.”*

_(HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini shahih sebagaimana dalam Shahihul Jami’ no. 6471)_

*Hadis kedua :*

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْن
ِ
*“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”*

_(HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini shahih sebagaimana dalam Shahihul Jami’ no. 6470)

@nasihat_diri
101 viewsdurrah, 12:24
Open / Comment
2022-06-09 09:59:38 ••• *TAZKIYATUN NUFUS* •••

*HAKIKAT KEKAYAAN YANG SEBENARNYA*

Bismillaah...

Hanya dengan cara pandang agama, manusia akan percaya bahawa sesungguhnya kekayaan tidak selalu berwujud harta benda. Kekayaan yang sebenarnya tidak selalu diukur dengan besarnya angka-angka materi. Keluasan hati saat seorang hamba mampu menekan hawa nafsunya, bersikap menerima dan mensyukuri apa yang ada justeru Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam nyatakan sebagai kekayaan yang sebenarnya.

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda, “Kekayaan bukanlah banyak harta benda, akan tetapi kekayaan adalah kekayaan hati.” [HR. Bukhari Muslim]

Ibnu Baththal berkata, “Hadits ini bermakna bahawa kekayaan yang hakiki bukan pada harta yang banyak. Kerana, banyak orang yang Allah luaskan harta padanya namun ia tidak merasa cukup dengan pemberian itu, ia terus bekerja untuk menambah hartanya hingga ia tidak peduli lagi dari mana harta itu didapatkan, maka, sesungguhnya ia orang miskin, disebabkan kerana cita-citanya yang sangat besar.”

Oleh kerana itu kekayaan sesungguhnya adalah kekayaan jiwa. Orang yang merasa cukup dengan pemberian Allah, tidak terlalu bercita-cita untuk menambah hartanya dan terus-menerus mencarinya, maka bererti ia orang yang kaya”

Al-Qurthubi berkata, “Hadits ini bermakna bahawa harta yang bermanfaat, agung dan terpuji adalah kekayaan jiwa.”

Dengan demikian, tidak selalu harta benda yang banyak itu mendatangkan kebahagian, kebaikan dan kesenangan bagi pemiliknya. Kekayaan yang sebenarnya adalah sesuatu yang manusia rasakan dalam hatinya. Hatilah yang menentukan seorang manusia menjadi senang atau sengsara, kaya atau miskin dan bahagia atau sedih. Pangkalnya ada dalam hati.

Hati yang takut kepada azab Allah, beriman, penuh rasa syukur dan cinta kepada Pemilik dan Pemberi rezeki sebenarnyalah yang akan memperoleh kebaikan dan kebahagiaan dari harta yang dimilikinya, sebesar apapun harta tersebut.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang dunia adalah cita-citanya, maka Allah akan menghancurkan kekuatannya, menjadikan kemiskinan di depan matanya dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali apa yang telah Allah takdirkan. Dan barangsiapa akhirat adalah tujuannya, maka Allah akan menguatkan urusannya, menjadikan kekayaannya pada hatinya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk.” [HR Ibnu Majah]

Semoga Allah mengurniakan kepada kita semua hati yang kaya, hati yang selalu bergantung dan bersandar kepada Dzat yang Mahakaya.

Wallahu a’lam

Penulis : Ustadz Abu Khaleed Resa Gunarsa, Lc
Artikel muslim.or.id

#reposted by admin

@nasihat_diri
144 viewsdurrah, 06:59
Open / Comment
2022-06-09 02:57:07
184 viewsdurrah, 23:57
Open / Comment
2022-06-09 02:55:13 MEMBUAT SUTRAH DALAM SOLAT

Yahya bin Abi Katsir rahimahullah berkisah,

"رأيت أنس بن مالك دخل المسجد الحرام، فركز شيئا، أو هيأ شيئا يصلي إليه."

*"Aku pernah melihat Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu masuk ke Masjidil Haram lantas beliau menancapkan sesuatu atau menyiapkan sesuatu (untuk sutrah¹) lalu beliau solat menghadapnya."*

Thibaqat Ibni Sa'ad 7/18

¹Sutrah adalah sesuatu yang diletakkan oleh orang yang solat di depannya untuk menghalang orang yang hendak lalu di depannya.

@nasihat_diri
179 viewsdurrah, 23:55
Open / Comment
2022-06-09 02:48:18 *۞ ﷽ ۞*

*Doa Agar Tidak Ditenggelamkan Ke Dalam Bumi*
(Dibaca Setiap Pagi & Petang)

----

*اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اَللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي*

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon maaf (keampunan) dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon maaf (keampunan) dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aurat badan, cacat, aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaranMu, agar aku tidak disambar dari bawahku (tenggelam atau ditelan bumi dan lain-lain).

Dari Ibn Umar radhiyallahu 'anhuma, bahawa beliau mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam membaca zikir ini ketika pagi dan petang, dan beliau tidak pernah meninggalkannya sampai beliau meninggal dunia: (dzikir di atas).

(HR. Abu Daud, Ibn Majah dan dishahihkan Al Albani).

@nasihat_diri
167 viewsdurrah, 23:48
Open / Comment
2022-06-09 02:45:51 AL-QUR'AN BOLEH MENJADI PEMBELAMU ATAU PENUNTUTMU (AL-HADITS)

والقرآنُ حُجَّةٌ لك أو عليك
(الحديث)

[عن جابر بن عبدالله:] القرآنُ شافِعٌ مُشَفَّعٌ، وماحِلٌ مُصَدَّقٌ،مَنْ جعلَهُ أَمامَهُ، قادَهُ إلى الجنةِ، ومَنْ جعلَهُ خلفَ ظهرِهِ ! ساقَهُ إلى النارِ."
ابن حبان 124
البيهقي في شعب الإيمان 1855
السلسلة الصحيحة ٢٠١٩

Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنهما berkata,
❝Al-Qur'an kelak akan memberi syafaat, dan diterima syafaatnya oleh Allah, Al Qur'an pula akan menjadi saksi yang terpercaya, barangsiapa menjadikannya di depannya (dengan mengamalkan perintahnya) maka Al-Qur'an akan menuntunnya ke syurga, dan siapa yang menjadikannya di belakang punggungnya (dengan menyalahi ajarannya) maka ia akan menuntunnya ke dalam neraka.❞

As-Silsilah ash-Shahihah 2019

Diterjemahkan oleh Al-Ustadzah Ummu Abdillah bintu Ali Bahmid hafizhahallah

@nasihat_diri
147 viewsdurrah, 23:45
Open / Comment
2022-06-09 02:44:04 SEDEKAH SEBAGAI BUKTI ADANYA IMAN (HR. MUSLIM)

الصدقة برهان على صحة الإيمان و طيب النفس بها علامة على وجود الإيمان وطعمه.
جامع العلوم و الحكم، صفحة: 217

Sedekah itu merupakan bukti iman yang benar, dan memberi sedekah dengan senang hati merupakan tanda ada serta nikmatnya iman.

Jami'ul Ulum wal Hikam, halaman: 217

Diterjemahkan oleh Al-Ustadzah Ummu Abdillah bintu Ali Bahmid hafizhahallah

@nasihat_diri
155 viewsdurrah, 23:44
Open / Comment