🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Da'wah & Tarbiyah

Logo of telegram channel tarbiah — Da'wah & Tarbiyah D
Logo of telegram channel tarbiah — Da'wah & Tarbiyah
Channel address: @tarbiah
Categories: Religion
Language: English
Subscribers: 8.98K
Description from channel

Tanpa Tarbiah pasti Rebah!
Berdakwah dan ambil Ibrah!
Qowiy~
Journey to Jannah..
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Anything can direct
@vampireho
@Sofiamohdzain

Ratings & Reviews

2.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


The latest Messages 19

2021-11-07 14:09:27 Kerana itu tugas memilih suami adalah tugas wali. Mereka lebih tahu menilai lelaki yg berkualiti.

Wanita kena akui, kita lemah bab ini. Bila sudah cinta, semuanya indah tiada cela.

Jadilah wali yg bertanggungjawab. Kalau wali pun lemah, dari situlah bermulanya bermacam masalah.
1.2K views11:09
Open / Comment
2021-11-07 14:09:19 Solat 5 waktu, pandai baca quran atau jadi imam solat ni semua bare minimum sebagai seorang muslim.

Bukan tanda seseorang tu alim. Tapi orang alim pasti akan lakukan semua ni.

Bila kita sendiri salah faham dengan makna alim, mulalah kita skeptikal dengan orang berimej agama.
1.2K views11:09
Open / Comment
2021-11-02 03:23:50 Al-Imām Al-Nawawī رَحِمَهُ الله di dalam al-Tibyān menyatakan bahawa sunat untuk berdoa memohon rahmat apabila kita baca ayat Quran tentang nikmat, rahmat atau ayat tentang orang beriman :

‎اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَافِيَة

“Ya Allah, aku memohon kesejahteraan kepadaMu”

Begitu juga disunatkan juga berdoa memohon perlindungan jika kita baca ayat tentang azab, celaka atau ayat tentang orang kufur atau munafiq.

‎اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَافِيَةَ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ

“Ya Allah aku memohon kesejahteraan kepadaMu daripada segala kecelakaan”

Ini menandakan bahawa bukan sahaja kita nak baca al-Quran dari sudut kuantiti, tetapi juga ingin melihat kepada maknanya.
621 views00:23
Open / Comment
2021-10-29 15:13:41
Do you love yourself
Anonymous Poll
86%
Yes
14%
No
275 voters449 views12:13
Open / Comment
2021-10-29 01:04:20
Morning. Assalamualaikum

@tarbiah
657 views22:04
Open / Comment
2021-10-28 03:17:01 The fact is we’re too quick to judge others. We label the quiet ones as snobbish. Has it occurred to us that they could be hiding a deep pain & prefer not to talk about it? Be gentle with people just like we’d like them to be gentle with us. Don’t assume anything.

-Muftiismailmenk
364 views00:17
Open / Comment
2021-10-28 01:13:01
Morning. Assalamualaikum
@tarbiah
453 views22:13
Open / Comment
2021-10-27 15:40:28 Bayangkan jika kita mendapat surat daripada pembesar negara. Apabila kita buka, surat itu adalah surat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat yang kita impikan. Namun surat ditulis dalam bahasa Jerman (sebagai contoh). Namun kita tahu surat itu tentang tawaran kerja kerana sudah gempar bahawa satu syarikat dari Jerman akan tawarkan peluang pekerjaan. Namun, peluang pekerjaan yang tertera itu HANYA boleh digarap jika kita memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat.

Apabila kita dapat surat itu, ada beberapa kebarangkalian besar langkah yang kita akan ambil selepas itu adalah :

1) Minta orang terjemahkan dan fahamkan konteks setiap patah perkataan dan ayat dalam surat tersebut
2) Kita sendiri akan baca selepas faham apa yang ditulis
3) Kita akan turuti setiap syarat dan piawai yang ditetapkan untuk mendapat peluang pekerjaan itu

Maka begitulah juga dengan al-Quran.

Kita dapat satu risalah agung, di dalamnya ada semua syarat dan cara untuk tunaikan syarat itu bagi mendapatkan ganjaran syurga dan redha Allah. Maka janganlah kita tinggal mana-mana langkah di atas kerana redha Allah dan syurga itu jauh lebih besar dari segala apa pun di dunia ini.

Hiduplah kita dengan al-Quran.
609 views12:40
Open / Comment
2021-10-27 02:32:58 ☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiul Awwal 1443H☆

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَةࣰۖ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan" [Surah an-Nahl 97]

#Allah swt menyatakan bahawa sesiapa yang beriman dan beramal soleh yakni mentaati serta melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya maka dia akan beroleh kebahagiaan dalam kehidupannya.

#Bahagia yang sebenar itu apabila kita mencintai Allah. Bahagia itu bila kita kembali pada Allah. Bahagia itu tatkala Allah sentiasa di hati kita, maka rahmat Allah memenuhi kehidupan kita.

#Ketahuilah, apabila Allah sayang kita, maka mudahlah segala-galanya. Apabila Allah kasih pada kita, hidup kita akan bahagia. Apabila kita taat perintah Allah, hidup kita akan bahagia. Apabila kita sentiasa memperbaiki amalan hidup kita, maka kita akan bahagia.

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ طُوبَىٰ لَهُمۡ وَحُسۡنُ مَـَٔابࣲ

"Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya" [Surah ar-Ra'd 29]

#Selain itu, tanda kebahagiaan yang sering dilupakan manusia adalah bahagia dengan membahagiakan orang lain atau gembira kerana membuat orang lain gembira. Sabda Nabi saw:

أفضل الأعمال أن تدخل على أخيك المؤمن سرورا

“Sebaik-baik amal soleh adalah engkau memasukkan kegembiraan kepada saudaramu yang beriman” (HR Ibnu Abi Dunya)

#Pepatah Arab menyebut:

سؤال: من أسعد الناس
الجواب: من أسعد الناس

Pertanyaan: "Siapakan manusia yang paling berbahagia?"
Jawapan: "Mereka yang membuat manusia bahagia (membahagiakan orang lain)".

#Menurut Imam As-Syathibiy rahimahullah tanda kebahagiaan itu ialah:

من علامات السعادة على العبد : تيسير الطاعة عليه، وموافقة السنة في أفعاله، وصحبته لأهل الصلاح، وحسن أخلاقه مع الإخوان، وبذل معروفه للخلق، واهتمامه للمسلمين ، ومراعاته لأوقاته

“Di antara tanda-tanda kebahagiaan seorang hamba adalah:

1. Dimudahkan ketaatan baginya
2. Perbuatan-perbuatannya (amalnya) sesuai dengan sunnah
3. Berteman dengan orang-orang soleh
4. Baiknya akhlak kepada sesama manusia
5. Menyebarkan kebaikan pada semua makhluk
6. Memberikan perhatian kepada kaum muslimin, dan
7. Pandai menjaga waktu” (Lihat: Al-I’tishom)

♡Raihlah kebahagiaan dengan sentiasa mencintai Allah dan sentiasa melakukan amal soleh♡
727 views23:32
Open / Comment
2021-10-27 01:12:23
@tarbiah
651 views22:12
Open / Comment