2021-10-13 15:59:04
Para ulama ‘ telah berselisih pendapat dalam menentukan adakah dibolehkah membunuh semut atau serangga, ada di antara mereka yang mengharamkan dan ada juga yang membolehkan untuk kita membunuh semut atau serangga ini tetapi dengan syarat yang tertentu.
Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ mengatakan telah berkata Ashab Syafie bahawa tidak boleh membunuh lebah, semut, burung dan katak. Selain itu, al-Baihaqi dan selain daripadanya juga berpendapat tidak boleh membunuh haiwan tersebut berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. [Lihat: al-Majmu’, 7:316]
Adapun antara fatwa-fatwa sebahagian ulama komtemporari seperti Syeikh Ibn Baz, Syeikh Soleh Ibn Uthaimin dan Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili membolehkan untuk membunuh semut dengan syarat jika semut tersebut membawa mudharat dan ancaman kepada kita. Ia boleh dibunuh dengan apa-apa cara sekalipun melainkan tidak dibolehkan membunuhnya dengan api. Di samping itu, membunuhnya tanpa sebab adalah dilarang sama sekali berdasarkan nas-nas di dalam hadith Nabi SAW.
Berdasarkan apa yang telah dinyatakan, kecenderungan lebih kepada pendapat yang diboleh membunuh semut ini jika ia membawa mudharat kepada kita. Sekiranya, ia tidak membawa mudharat atau ancaman maka hukumnya adalah tidak boleh untuk membunuhnya berdasarkan hadith Nabi SAW yang jelas melarang kita membunuh semut tanpa sebab.
809 views12:59